SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Tuesday, 10 January 2012

stpm...sesuatu yang telah lama aku ingin "post"


Perlukah ada satu tragedi untuk menyedarkan kita sebagai manusia tentang setiap perkara yang telah berlaku…?
Banyak lirik lagu yang menceritakan, menerangkan, menggambarkan tentang perkara ini . English , Melayu mahupun pelbagai lagu berjiwa rakyat yang menekankan tentang ini. Satu persatu peristiwa berlaku disekelilingku dari hari ke hari, minggu ke minggu dan sehingga dari satu tahun ketahunyang seterusnya ,ada yang aku masih ingat dan ada juga yang langsung tidak aku ingati tapi satu perkara yang aku yakin bahwa dalam pelbagai peristiwa tersebut hanya ada beberapa sahaja yang aku ambil mesejnya dan jadikan pengajaran dalam kehidupanku….
Peristiwa yang besar serta peristiwa yang pelbagai yang pernah berlaku tidak pernah aku fikirkan sejenak tentang kesan peristiwa yang sepatutnya aku fikirkan sejenak agar dapat aku jadikan sebagai satu tongkat untuk aku menyeberangi laluan hidupku yang berliku kelak…
Apa yang kerap berlaku dan tidak pernah aku perbaiki ialah setiap hujung tahun akan pasti berlaku penyesalan akibat daripada setiap perkara yang aku lakukan bagi satu-satu tahun tersebut…setiap 31 disember aku akan melakukan satu muhasabah diri dalam mengumpul semua perkara yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun stersebut….sehingga membawa kepada pembentukan satu azam tahun baru untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama atau setidaknya pun memperbaiki diri….
Tapi perkara yang berlaku setiap tahun tersebut ialah azam tersebut hanya menjadi mainan bibir dan akal sahaja….tidak pernah mencari satu inisiatif untuk melaksanakannya secara serius dan yang lebih buruk lagi adalah apabila semua penyesalan beserta azam tersebut terpadam, terkubur begitu sahaja dan hanya menjadi satu mainan tahunan untuk akal dan bibirku.
Namun entah kenapa tahun lain pula yang berlaku kepadaku..hujung tahun lama lagi tapi ‘exam’ besar ‘just around the corner’…..mungkinkah sebab ‘exam’ ini kau menjadi lain…?
Aku kerap memikirkan tentang setiap perkara dan peristiwa yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun ini, sehingga melahirkan beberapa bentuk penyesalan dan sekaligus secara tidak langsung akalku bertindak mencari mesej untuk dijadikan pengajaran dalam hidupku dalam menempuh ‘exam’ yang mendekat ini. 
Namun ,apa yang aku tidak mengerti ialah apabila aku memikirkan semua perkara tersebut otakku akan jadi tidak seimbang
…aku lebih kerap termenung…
….menghayal perkara yang tiada,…
….memikirkan perkara yang tidak pasti….

Apa yang telah berlaku kepada diriku ini?
Aku keliru?
Bingungggggggggggggggg….

No comments:

Post a Comment