SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Thursday, 12 January 2012

berdebar-debar

selang beberapa jam sahaja lagi aku akan memulakan penerbanganku yang buat pertama kalinya bagiku
 sedikit kekok, takut, risau dan perasaan yang sama waktu dengannya kini menyelubungi diriku yang lemah ini,
apakah sememangnya begini perasaan setiap individu yang buat pertama kali menaiki kapal terbang?
atau mungkin hanya aku yang berperasaan sebegini, takut tak kena tempat?
atau mungkinkah juga aku 'kebaruan' ?
tapi bagi aku, aku tidak salah jika mempunyai perasaan sebegini kerana inilah kali pertama buatku walaupun mungkin bagi sesetengah belia diluar sana yang sebaya dengan aku telah bayak kali menaiki kapal terbang....

aku cuba berkali-kali untuk menenangkan diriku sendiri,
aku takut...
.
.
aku risau...
.
.
.aku gementar...
.
.
semua perkara aku fikir...
.
.
ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku ini..
ya Allah, engkau berikanlah aku ketenangan..
semoga aku dapat memulakan pengembaraanku yang baru ini dengan ketengan
semoga aku sentiasa berada dalam landasan yang betul
semoga aku tidak lupa akan tujuan asalku

sebenarnya, penerbangan ini merupakan satu titik asas bagiku untuk melihat dunia yang luas ini kerana aku akan memulakan penghijrahanku buat pertama kalinya,
aku berharap sangat aku dapat menimba dan mengutip seberapa banyak penglaman yang bakal aku perolehi.

tapi yang penting sekarang aku mula mengira detik untuk permulaan yang insyaAlllah akan baik untuk diriku..

No comments:

Post a Comment