SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Tuesday, 24 January 2012

perpustakaan


Baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang mengupas pelaksanaan sistem perpustakaan di Australia sekaligus membandingkannya dengan pelaksaaan di Malaysia yang dikupas oleh salah seorang pensyarah kanan UUM didalam satu ruangan majalah Milenia muslim.Menurut beliau pelaksanaan system perpustakaan di Australia amat berbeza dengan pelaksanaan di Malaysia.

Perpustakaan sepatutnya menjadi tempat penyebaran dan penyaluran ilmu disesebuah kawasan, dan salah satu kaedah yang amat berkesan untuk proses itu ialah amalan diskusi dan interaksi dikalangan masyarakat.Oleh itu, system perpustakaan yang menegah penggunnya daripada berbuat bising tidak relevan kerana diskusi dan interaksi perlu dilakukan dalam proses penyebaran ilmu.

Proses keahlian yang tidak merumitkan akan membawa kepada peningkatan jumlah pengguna perpustakaan. Ini kerana, pengguna tidak perlu melalui satu proses yang menyusahkan hanya sekadar untuk menjadi ahli sekaligus mempermudah mereka untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan.Hasilnya, pengguna tidak mempunyai alasan untuk tidak menggunakan perkhidamatan perpustakaan.

Dalam pada masa yang sama, system perpustakaan di Australia menawarkan satu perkhidamatan dengan menyediakan satu kawasan khas untuk bayi yang berumur dibawah 2 tahun.perkhidmatan ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan otak si bayi dan untuk memupuk sikap ingin tahu yang kuat dalam diri setiap bayi yang menjadi satu factor penting mempengruh perkembangan budaya membaca dalam satu generasi yang baru.

System pelaksanaan perpustakaan yang baik akan membawa kepada peningkatan amalan budaya membaca dalam  satu-satu maysrakat .

No comments:

Post a Comment