setelah meniti beberapa jam yang panjang, aku kini berjaya sampai ke destinasi yang ditujui tanpa berlaku sebarang satu perkara yang tidak diinginkan
seawal 9 pagi lagi aku mula bersiap untuk sampai ke lapangan terbang bersama-sama dengan keluarga yang setia bersama ku
seperti biasa aku akan berasa kekok jika berhadapan dengan sesuatu yang baru
aku malu untuk bertanya sehingga tidak takut untuk melakukan kesilapan
perjalananku dari "hometown"ku ke lapangan terbang yang satu lagi memakan masa 2 jam setengah yang amat memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana dalam tempoh masa itu aku terpaksa duduk di tempat yang sama sehinggakan aku merasa amat sukar untuk bangkit daripada tempat dudukku itu..
setelah sampai di lapangan terbang KLIA, aku dijemput untuk menaiki satu lagi jenis kenderaan yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi kerana aku perlu duduk ditempat yang sama untuk tempoh masa 2 jam, dan perkara yang memburukkan lagi keadaaan ialah apabila kenderaan itu tidak menyediakan tandas yang selalunya aku jadikan alasan untuk sentiasa bergerak
tepat pukul 4 petang aku tiba di bandaraya bersejarah Melaka.
15 minit diperlukan untuk berehat seketika sambil menhirup udara segar setelah berada dalam satu tempat tertutup ber"aircond" dan pada masa yang sama mencari teksi untuk berherak ke destinasi sebenarku iaitu di Melaka Raya....
dalam perjalananku ke Melaka Raya aku melihat pelbagai halwa mata yang amat mengenyangkan
ditambah lagi dengan aku yang sememamngnya suka akan benda-benda bersejarah
antaranya:
.
beca
.
muzium
.
kawasan bandarnya yang masih mengekalkan ciri-ciri asal seperti warna merah
.
dan banyak lagi yang tidak aku ketahui namanya
.
bagi aku perjalanan yang jauh dan membosankan itu terbayar apabila mataku dihidangkan dengan pelbagai panorama dunia yang amat menarik sekali
satu pengalaman yang amat berharga bagiku
malalui perancangan aku mula atur menggunakan mindaku yang tidaklah terlalu pakar merancang ini aku berhasrat untuk mengunjungi kawasan-kawasan yang aku lihat dalam perjalan tadi...
apapun aku gembira sangat
mulanya sebelum menaiki kapal terbang aku cuba "put aside my anxiety". namun akhirnya siapa sangka perasaan itu tiba-tiba hilang daripada diriku...
aku bersyukur sangat dapat tiba ke destinasiku dengan selamat...ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment