SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Sunday, 1 January 2012

batu4 yang indah






‘kalau takut dihurung ombak, jangan berumah di tepi pantai’,
Begitulah pepatah Melayu yang kerap kedengaran disana-sini,
Namun lihatlah rumah yang berada jauh dihujung itu,
Rumah yang hampir dinaiki air aut,
Namun masih tetap dihuni hingga kini,
Timbul persoalan ,tidakkah mereka takut akan pukulan ombak kelak?
Tidakkah ada walau seorang memberitahu mereka tentang bahaya yang bakal menimpa mereka?
Namun hakikatnya yang dapat dirasai oleh setiapa hati nurani yang melihatnya akan pasti dapat meneka sebab rumah itu didirikan disitu,
Mungkin ketenangan yang dikecapi,
Mungkin juga tiada kawasan lain yang bias mereka jadikan tapak asas untuk membina kediaman mereka.







Lihatlah,
Lautan luas membiru,
Langit juga kelihatan biru,
Perahu-perahu kecil yang menjadi model yang paling sesuai untuk kedua-dua elemen alam itu,

Siapa sangka,
Pemandangan indah ini dapat dilihat dikawasan perumahan Batu 4, Tawau,
Alangkah manisnya jika dapat bermandi-manda di kawasan laut yang indah ini.




Ketenangan,
Satu perasaan yang amat diingini, dan dicari oleh seluruh umat manusia,
Melihat saja pemandangan sebegini,
Ketenangan itu dapat diperoleh tanpa dipaksa,
Tanpa dibayar,
Dan tanpa dicari.





Senja yang kini melabuhkan tirainya kelihatan amat indah sekali,
Langit juga mula dihiasi sinar kekuning-kuningan,
Kapal  serta perahu yang mencari rezeki mula beransur pulang ke rumah masing-masing,
Adakah banyak hasil yang diperoleh?
Atau adakah cukup sekadar menghiasi pinggan mereka……….,,,,,,                                                                                                             











No comments:

Post a Comment