SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Tuesday, 24 January 2012

perpustakaan


Baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang mengupas pelaksanaan sistem perpustakaan di Australia sekaligus membandingkannya dengan pelaksaaan di Malaysia yang dikupas oleh salah seorang pensyarah kanan UUM didalam satu ruangan majalah Milenia muslim.Menurut beliau pelaksanaan system perpustakaan di Australia amat berbeza dengan pelaksanaan di Malaysia.

Perpustakaan sepatutnya menjadi tempat penyebaran dan penyaluran ilmu disesebuah kawasan, dan salah satu kaedah yang amat berkesan untuk proses itu ialah amalan diskusi dan interaksi dikalangan masyarakat.Oleh itu, system perpustakaan yang menegah penggunnya daripada berbuat bising tidak relevan kerana diskusi dan interaksi perlu dilakukan dalam proses penyebaran ilmu.

Proses keahlian yang tidak merumitkan akan membawa kepada peningkatan jumlah pengguna perpustakaan. Ini kerana, pengguna tidak perlu melalui satu proses yang menyusahkan hanya sekadar untuk menjadi ahli sekaligus mempermudah mereka untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan.Hasilnya, pengguna tidak mempunyai alasan untuk tidak menggunakan perkhidamatan perpustakaan.

Dalam pada masa yang sama, system perpustakaan di Australia menawarkan satu perkhidamatan dengan menyediakan satu kawasan khas untuk bayi yang berumur dibawah 2 tahun.perkhidmatan ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan otak si bayi dan untuk memupuk sikap ingin tahu yang kuat dalam diri setiap bayi yang menjadi satu factor penting mempengruh perkembangan budaya membaca dalam satu generasi yang baru.

System pelaksanaan perpustakaan yang baik akan membawa kepada peningkatan amalan budaya membaca dalam  satu-satu maysrakat .

Friday, 20 January 2012

dont judge the book by its cover

satu perkara yang paling tidak aku gemari
kenapa setiap individu yang melihat dan bertemuku akan membuat andaian bahawa aku adalah seorang perokok...

pasti anda tertanya-tanya kenapa aku diandaikan seperti individu sedemikian
sebenarnya ceritanya begini ,aku mepunyai sebentuk bibir yang berwrna gelap....
oleh sebab demikian aku dilabelkan sebagai seorang perokok...
sungguh cetek kan mentaliti individu-individu yang membuat andaian yang menyakitkan hati itu..
perlukah mereka membuat andaian sedemikian?
tidakkah mereka sedar bahawa perkara tersebut menyakitkan hatiku...
aku sokong kempen 'TAK NAK MEROKOK'
aku suka frasa 'MEROKOK MANA DAH GAYA'
aku tidak merokok...

pengulangan : aku tidak merokok

aku pun sebenarnya tidak tahu kenapa bibirku gelap
adakah sebab warna kulitku yang sememangnya sedikit gelap telah mempengaruhi warna bibirku...

aku sudah tidak tahan dengan andaian masyarakat
labelan masyarakat terhadapku

perkara tersebut menggores hatiku ini....
kalaulah mereka tahu aku tidak suka dilabel sedemikina , adakah mereka akan berhenti membuat andaian palsu itu....



Friday, 13 January 2012

SELAMAT SAMPAI

alhamdulillah
setelah meniti beberapa jam yang panjang, aku kini berjaya sampai ke destinasi yang ditujui tanpa berlaku sebarang satu perkara yang tidak diinginkan
seawal 9 pagi lagi aku mula bersiap untuk sampai ke lapangan terbang bersama-sama dengan keluarga yang setia bersama ku
seperti biasa aku akan berasa kekok jika berhadapan dengan sesuatu yang baru
aku malu untuk bertanya sehingga tidak takut untuk melakukan kesilapan
perjalananku dari "hometown"ku ke lapangan terbang yang satu lagi memakan masa 2 jam setengah yang amat memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana dalam tempoh masa itu aku terpaksa duduk di tempat yang sama sehinggakan aku merasa amat sukar untuk bangkit daripada tempat dudukku itu..

setelah sampai di lapangan terbang KLIA, aku dijemput untuk menaiki satu lagi jenis kenderaan yang menuntut tahap kesabaran yang tinggi kerana aku perlu duduk ditempat yang sama untuk tempoh masa 2 jam, dan perkara yang memburukkan lagi keadaaan ialah apabila kenderaan itu tidak menyediakan tandas yang selalunya aku jadikan alasan untuk sentiasa bergerak

tepat pukul 4 petang aku tiba di bandaraya bersejarah Melaka.
15 minit diperlukan untuk berehat seketika sambil menhirup udara segar setelah berada dalam satu tempat tertutup ber"aircond" dan pada masa yang sama mencari teksi untuk berherak ke destinasi sebenarku iaitu di Melaka Raya....
dalam perjalananku ke Melaka Raya aku melihat pelbagai halwa mata yang amat mengenyangkan 
ditambah lagi dengan aku yang sememamngnya suka akan benda-benda bersejarah
antaranya:
.
beca
.
muzium
.
kawasan bandarnya yang masih mengekalkan ciri-ciri asal seperti warna merah 
.
dan banyak lagi yang tidak aku ketahui namanya
.
bagi aku perjalanan yang jauh dan membosankan itu terbayar apabila mataku dihidangkan dengan pelbagai panorama dunia yang amat menarik sekali 
satu pengalaman yang amat berharga bagiku
malalui perancangan aku mula atur menggunakan mindaku yang tidaklah terlalu pakar merancang ini aku berhasrat untuk mengunjungi kawasan-kawasan yang aku lihat dalam perjalan tadi...

apapun aku gembira sangat 
mulanya sebelum menaiki kapal terbang aku cuba "put aside my anxiety". namun akhirnya siapa sangka perasaan itu tiba-tiba hilang daripada diriku...
aku bersyukur sangat dapat tiba ke destinasiku dengan selamat...ALHAMDULILLAH

Thursday, 12 January 2012

berdebar-debar

selang beberapa jam sahaja lagi aku akan memulakan penerbanganku yang buat pertama kalinya bagiku
 sedikit kekok, takut, risau dan perasaan yang sama waktu dengannya kini menyelubungi diriku yang lemah ini,
apakah sememangnya begini perasaan setiap individu yang buat pertama kali menaiki kapal terbang?
atau mungkin hanya aku yang berperasaan sebegini, takut tak kena tempat?
atau mungkinkah juga aku 'kebaruan' ?
tapi bagi aku, aku tidak salah jika mempunyai perasaan sebegini kerana inilah kali pertama buatku walaupun mungkin bagi sesetengah belia diluar sana yang sebaya dengan aku telah bayak kali menaiki kapal terbang....

aku cuba berkali-kali untuk menenangkan diriku sendiri,
aku takut...
.
.
aku risau...
.
.
.aku gementar...
.
.
semua perkara aku fikir...
.
.
ya Allah, engkau permudahkanlah urusanku ini..
ya Allah, engkau berikanlah aku ketenangan..
semoga aku dapat memulakan pengembaraanku yang baru ini dengan ketengan
semoga aku sentiasa berada dalam landasan yang betul
semoga aku tidak lupa akan tujuan asalku

sebenarnya, penerbangan ini merupakan satu titik asas bagiku untuk melihat dunia yang luas ini kerana aku akan memulakan penghijrahanku buat pertama kalinya,
aku berharap sangat aku dapat menimba dan mengutip seberapa banyak penglaman yang bakal aku perolehi.

tapi yang penting sekarang aku mula mengira detik untuk permulaan yang insyaAlllah akan baik untuk diriku..

Tuesday, 10 January 2012

stpm...sesuatu yang telah lama aku ingin "post"


Perlukah ada satu tragedi untuk menyedarkan kita sebagai manusia tentang setiap perkara yang telah berlaku…?
Banyak lirik lagu yang menceritakan, menerangkan, menggambarkan tentang perkara ini . English , Melayu mahupun pelbagai lagu berjiwa rakyat yang menekankan tentang ini. Satu persatu peristiwa berlaku disekelilingku dari hari ke hari, minggu ke minggu dan sehingga dari satu tahun ketahunyang seterusnya ,ada yang aku masih ingat dan ada juga yang langsung tidak aku ingati tapi satu perkara yang aku yakin bahwa dalam pelbagai peristiwa tersebut hanya ada beberapa sahaja yang aku ambil mesejnya dan jadikan pengajaran dalam kehidupanku….
Peristiwa yang besar serta peristiwa yang pelbagai yang pernah berlaku tidak pernah aku fikirkan sejenak tentang kesan peristiwa yang sepatutnya aku fikirkan sejenak agar dapat aku jadikan sebagai satu tongkat untuk aku menyeberangi laluan hidupku yang berliku kelak…
Apa yang kerap berlaku dan tidak pernah aku perbaiki ialah setiap hujung tahun akan pasti berlaku penyesalan akibat daripada setiap perkara yang aku lakukan bagi satu-satu tahun tersebut…setiap 31 disember aku akan melakukan satu muhasabah diri dalam mengumpul semua perkara yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun stersebut….sehingga membawa kepada pembentukan satu azam tahun baru untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama atau setidaknya pun memperbaiki diri….
Tapi perkara yang berlaku setiap tahun tersebut ialah azam tersebut hanya menjadi mainan bibir dan akal sahaja….tidak pernah mencari satu inisiatif untuk melaksanakannya secara serius dan yang lebih buruk lagi adalah apabila semua penyesalan beserta azam tersebut terpadam, terkubur begitu sahaja dan hanya menjadi satu mainan tahunan untuk akal dan bibirku.
Namun entah kenapa tahun lain pula yang berlaku kepadaku..hujung tahun lama lagi tapi ‘exam’ besar ‘just around the corner’…..mungkinkah sebab ‘exam’ ini kau menjadi lain…?
Aku kerap memikirkan tentang setiap perkara dan peristiwa yang berlaku dalam hidupku sepanjang tahun ini, sehingga melahirkan beberapa bentuk penyesalan dan sekaligus secara tidak langsung akalku bertindak mencari mesej untuk dijadikan pengajaran dalam hidupku dalam menempuh ‘exam’ yang mendekat ini. 
Namun ,apa yang aku tidak mengerti ialah apabila aku memikirkan semua perkara tersebut otakku akan jadi tidak seimbang
…aku lebih kerap termenung…
….menghayal perkara yang tiada,…
….memikirkan perkara yang tidak pasti….

Apa yang telah berlaku kepada diriku ini?
Aku keliru?
Bingungggggggggggggggg….

cikguku yang menjadi ikonku

apa yang hebatnya tentang tahun baru?
apa yang hebatnya tentang azam baru?
perlukah azam baru untuk setiap tahun baru?

hari ini aku telah pergi ke sekolah lamaku, aku melihat keadaan sekeliling dan agak tergamam sedikit dengan situasi sekolah itu yang agak berbeza dan sedikit berubah...
atau mungkinkah kerana aku telah lama tidak menjenguknya?
atau mungkin juga kerana ini tahun baru?

tapi yang menarik sepasang mataku yang bulat lagi besar ini ialah imej baru bekas dan akan selamnya jadi cikguku....
dulunya beliau jenis yang sangat bergaya dengan imejnya yang tersendiri :
...
elegen
...
tegas
...
sofistikated
...
"fashionable"
...
tetapi kini telah berubah 
berubah kepada yang lebih baik
imejnya bertukar kepada imej yang berteraskan islamik...
Alhamdullilah...
aku sempat berbual dengannya dan beliau berkata tahun baru , azam baru , imej baru......
tapi beliau tetap kelihatan 
cantik
...
elegan
....
sofistikated
....
"fashionable"
...
satu perkara yang paling aku kagumi tentang beliau ialah beliau sentiasa tegas dalam melaksanakan tugasnya walau dalam 'mood' yang berbeza
dan beliau sentiasa menjadi ikon yang menjadi pemangkin semangatku untuk meneruskan pelajaran dan menjadi seperti beliau yang tegas dan sentiasa dihormati....

apapun, aku sangat gembira dengan perubahannya yang baru ini
semoga perubahan beliau ini akan berkekalan....
....amin....

Thursday, 5 January 2012

perbezaan menjadikan kita kuat

seringkali kita mengaku kita berfikiran terbuka,
seringkali juga kita mendengar orang lain mengaku bahawa mereka berfikiran terbuka,
ramai juga artis atau siapa sahaja public figure mengeluarkan statement bahawa mereka berfikiran terbuka.

apakah sebenarnya definisi berfikiran terbuka?

sejauhmana kita berfikiran terbuka(open minded)????

berfikiran terbuka yakni open minded yang sering diuar-uarkan oleh pelbagai pihak bermaksud sifat seseorang yang menjadi pendengar yang baik iaitu mendengar semua jenis pandangan, usul, ideolgi, mahupun apa sahaja samada yang selari dengan pemikirannya mahupun yang tidak selari dengan pemikirannya,namun hanya mengambil yang baik dari pelbagai aspek hasil pendengarnya itu.......

janganlah perbezaan ideologi mahupun pendirian sesama kita menjadikan kita sering bertelagah..
alangkah indahnya jika perbezaan itu kita jadikan sebagai modal untuk memajukan diri, masayarakat dan seterusnya negara yang tercinta.....
ini kerana kepelbagaian idea, pandangan dan ideologi mampu menjadi senjata yang kukuh dalam pelbagai jenis medan peperangan didalam dunia moden yang kian mencabar ini...

Sunday, 1 January 2012

batu4 yang indah






‘kalau takut dihurung ombak, jangan berumah di tepi pantai’,
Begitulah pepatah Melayu yang kerap kedengaran disana-sini,
Namun lihatlah rumah yang berada jauh dihujung itu,
Rumah yang hampir dinaiki air aut,
Namun masih tetap dihuni hingga kini,
Timbul persoalan ,tidakkah mereka takut akan pukulan ombak kelak?
Tidakkah ada walau seorang memberitahu mereka tentang bahaya yang bakal menimpa mereka?
Namun hakikatnya yang dapat dirasai oleh setiapa hati nurani yang melihatnya akan pasti dapat meneka sebab rumah itu didirikan disitu,
Mungkin ketenangan yang dikecapi,
Mungkin juga tiada kawasan lain yang bias mereka jadikan tapak asas untuk membina kediaman mereka.







Lihatlah,
Lautan luas membiru,
Langit juga kelihatan biru,
Perahu-perahu kecil yang menjadi model yang paling sesuai untuk kedua-dua elemen alam itu,

Siapa sangka,
Pemandangan indah ini dapat dilihat dikawasan perumahan Batu 4, Tawau,
Alangkah manisnya jika dapat bermandi-manda di kawasan laut yang indah ini.




Ketenangan,
Satu perasaan yang amat diingini, dan dicari oleh seluruh umat manusia,
Melihat saja pemandangan sebegini,
Ketenangan itu dapat diperoleh tanpa dipaksa,
Tanpa dibayar,
Dan tanpa dicari.





Senja yang kini melabuhkan tirainya kelihatan amat indah sekali,
Langit juga mula dihiasi sinar kekuning-kuningan,
Kapal  serta perahu yang mencari rezeki mula beransur pulang ke rumah masing-masing,
Adakah banyak hasil yang diperoleh?
Atau adakah cukup sekadar menghiasi pinggan mereka……….,,,,,,                                                                                                             











HAPPY NEW YEAR.......