Baru-baru ini saya terbaca satu artikel
yang mengupas pelaksanaan sistem perpustakaan di Australia sekaligus membandingkannya
dengan pelaksaaan di Malaysia yang dikupas oleh salah seorang pensyarah kanan
UUM didalam satu ruangan majalah Milenia muslim.Menurut beliau pelaksanaan system
perpustakaan di Australia amat berbeza dengan pelaksanaan di Malaysia.
Perpustakaan sepatutnya menjadi tempat
penyebaran dan penyaluran ilmu disesebuah kawasan, dan salah satu kaedah yang
amat berkesan untuk proses itu ialah amalan diskusi dan interaksi dikalangan
masyarakat.Oleh itu, system perpustakaan yang menegah penggunnya daripada
berbuat bising tidak relevan kerana diskusi dan interaksi perlu dilakukan dalam
proses penyebaran ilmu.
Proses keahlian yang tidak merumitkan
akan membawa kepada peningkatan jumlah pengguna perpustakaan. Ini kerana,
pengguna tidak perlu melalui satu proses yang menyusahkan hanya sekadar untuk
menjadi ahli sekaligus mempermudah mereka untuk menggunakan perkhidmatan
perpustakaan.Hasilnya, pengguna tidak mempunyai alasan untuk tidak menggunakan
perkhidamatan perpustakaan.
Dalam pada masa yang sama, system perpustakaan
di Australia menawarkan satu perkhidamatan dengan menyediakan satu kawasan khas
untuk bayi yang berumur dibawah 2 tahun.perkhidmatan ini bertujuan untuk
menggalakkan perkembangan otak si bayi dan untuk memupuk sikap ingin tahu yang
kuat dalam diri setiap bayi yang menjadi satu factor penting mempengruh
perkembangan budaya membaca dalam satu generasi yang baru.
System pelaksanaan perpustakaan yang
baik akan membawa kepada peningkatan amalan budaya membaca dalam satu-satu maysrakat .