Suatu ketika dahulu aku bukanlahseorang yang terkenal dalam kelas, sekolah, dan masyarakat malahan aku seperti katak yang tinggal didalam tempurung kelapa tanpa mengambil peduli segala hal disekililing dan kekadang juga seperti halimunan yang tidak dilihat oleh mata kasar manusia sekeliling.
Aku seperti remaja yang tidak normal,
Terlalu merendah diri sehingga mudah dipijak oleh kaki-kaki yang tidak bertanggungjawab,
Terlalu penakut untuk menyaatakan pendapat dan menyataakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara yangtidak benar.
Siapa menyangka,
Kejayaaan yang diidam-idamkan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Menjadi pendamping diri dalam menyuluh jalan yang dahulunya sentiasa tampak gelap gelita
Kejayaan itu,
Aku sedar merupakan berkat daripada usaha daku selama ini dan juga hanya akan berlaku dengan izin Allah SWT.
Aku semakin terkenal…
Aku melangkah kehadapan, berundur kebelakang dan bergerak kekiri sedikit mahupun kekanan,
Orang sekeliling telah mula melihat setiap gerak geriku.
Menghargai aku,
Memberi pujian yang melambung sehinggakan sukar hendak dibayangkan betapa tingginya lambungan itu.
Aku pada mulanya takut akan perubahan ini,
Aku takut aku akan dilabelkan oleh orang sekeliling sebagai satu harapan, kerana aku sedar yang harapan mereka itu berupa satu beban yang berat kepadaku,
Aku takut kejayaanku itu sekadar keajaiban,
Aku takut aku tidak mampu menampung dan menjinjing beban yang diletakkan dibahuku yang lemah ini.
Namun, disebalik ketakutan itu,
Satu sifat mazmumah yang tidak pernah terfikir oleh benakku sebelum ini telah lahir daripada arus perubahan iaitu kejayaan yang aku aanggap keajaiban itu.
‘RIAK’ satu kata adjektif yang dipinjam oleh Bahasa Melayu daripada perkataan Bahasa Arab merupakan satu sifat yang telah lahir secara tidak langsung kedalam diriku.
Sifat ini telah membiak dengan cepatnya.
Aku bersikap menunjuk-nunjuk kononnya untuk memberikan motivasi kepada orang lain terutamanya orang terdekat supaya mereka berusaha mengejar kejayaan.
Tetapi siapa sangka sebenarnya secar tidak langsung aku telah menggalakkan sifat itu membiak dengan cepat tanpa penghalang untuk memandulkannya.
Hari berganti hari,
Siang memberi baton kepada malam, malam memberi kembali baton kepada siang untuk membentuk satu hari lengkap 24jam.
Aku semakin jauh tersasar,
Bisikan-bisikan daripada orang sekeliling yang ambil berat terhadapku sentiasa berusaha untuk memberitahuku bahawa aku sudah jauh tersasar dibawa oleh sifat riak.
Namun, bisikan itu aku anggap sebagai satu halwa telinga yang bersifat sementara.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Siapa menyangka,
Sifat yang aku anggap baik itu telah melalaikan aku kerana aku sibuk untuk membiaknya sehingga aku lupa akan tugasku sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini.
Aku menggunakan ilmu dan kebolehan untuk menunjuk-nunjuk tapi tidak pula aku mempraktikkannya untuk kebaikan sejagat.
Kini,
Aku seperti buah mangga manis yang tidak dimakan dan menjadi terlalu matang sehingga busuk dan tidak boleh dimakan lagi.
Begitulah yang aku rasakan.
Zaman kejatuhanku sedang bermula,
Aku semakin merosot dalam pelbagai disiplin ilmu, disiplin kehidupan dan disiplin kerohanian.
Aku berasa sangat takut…
Aku sedar aku telah banyak berubah…
Aku telah jauh tersasar…
Mampukah aku memperbaiki diriku?
Sempatkah aku memperbaiki diriku?
Mampukah aku membuang sifat riak yang terdapat dalam diriku?
Adakah aku tetap didampingi oleh orang yang dulunya sentiasa menasihatiku?
Adakah Penciptaku yang Maha Esa dan Maha Mengetahui akan mengmpunkan aku?
Mampu.. Kerana kau adalah manusia sepertiku.. Hidup seperti roda yg biasa tergolek, digolek dan bergolek.. Tahukah engkau apa itu GOLEK? Itulah keadaan kita sekarang. Adanya aku sebagai sahabatmu yg sntiasa mmerhatimu dr jauh. Andai kau mula trsungkur dan hendak jatuh ke gaung, aku akan berlari sekuat tenaga ku utk mendapatkanmu agar tgn dapatku hulur supaya kau selamat dr trus trjatuh.. Tapi ingat shbtku, Kau sbahagian dari diriku walau kita jauh berbeza dari segi kepakaran dan kebijaksanaan..Kalaupun kau Ketua kpdku hari ini, aku taat kpdmu tnda setainya aku brshabat dgnmu.. TERUSKAN PERJUANGAN.. :-)
ReplyDeleteterima kasih atas nasihatmu sahabatku....
ReplyDeletekata-katamu sangat bermakna
kata-katamu telah menguatkan semangatku....