SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Friday, 12 August 2011

hari yang penuh tanda tanya

petang itu keadaan sangat haru biru, sesak dan sedikit bising
masing-masing berusaha untuk bergegas balik awal
sehinggakan ada yang sanggup bermain taktik kotor dengan memotong barisan yang didasarkan atas prinsip yang datang awal berada dibarisan hadapan
Aku yang datang awal kelima daripada yang pertama pada mulanya berasa senang hati sedikit kerana aku beranggapan aku akan balik lebih awal dan sempat berbuka bersama seisi keluarga tercinta

sedetik setelah itu yang lain tiba,
ada yang menunjukkan sikap yang bertamadun dengan berbaris
namun disealik yang bertamadun itu, ada yang berani memotong barisan walaupun mereka sedar yang mereka itu datang lambat,
dan yang lebih teruk lagi terdapat sekelompok daripada yang lambat tadi tu berebut barisan
entah kenapa mahu balik awal, 'kata puasa tidak juga sebab mereka ini merokok dihadapan khalayak' walaupun mereka sedar yang mereka itu datang lambat yang sepatutnya menghormati hak orang lain tetapi apa yang mereka lakukan ialah menindas yang lain

aku sememangnya cuba untuk menjadi pemerhati kerana aku takut aku tidak boleh mengawal perasaanku yang boleh menjejaskan amal ibadahku pun berasa sakit hati
aku merasa sedikit kesian terhadap mereka yang berada disitu yang juga datang awal dari ku

beberapa jam akhirnya selesai juga urusanku disitu,

malam itu cuaca sangat dingin,
aku berbaring diatas katilku yang sememangnya empuk rasanya
menunggu untuk mata terlelap dan seketika itu juga aku cuba untuk bermusahabah diri dan terdeti dibenakku beberapa soalan
adakah sememangnya realiti masyarakat kini lebih gemar mengambil kesempatan terhadap orang lain dengan cara menindas orang lain yang lebih lemah?
atau mungkinkah aku yang lembik dan penakut untuk merebut peluang yang terpampang didepan mata?

No comments:

Post a Comment