SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Wednesday, 10 August 2011

baju kelas 5B 2009

'5B 2009'  secara peribadinya telah menjadi satu kenangan yang paling indah bagi saya. Saya masih ingat apabila hari pertama saya masuk ke sekolah yang baru bagi saya pada masa itu, diperkenalkan secara rasmi oleh cikgu yang mengajar pada masa itu...sedikt malu, takut, gembira kerana saya melihat rupa-rupanya banyak yang saya kenal disitu yang sebenarnya merupakan rakan sekelas saya sewaktu sekolah rendah di SK BATU 4 JALAN APAS yang saya pun tidak pernah berjumpa dengan mereka sebelum itu.

namun, sebenarnya perkara yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang gambar yang telah saya 'post' yang juga merangkap gambar baju kelas saya dan rakan-rakan saya sewaktu di zaman sekolah menengah yang amat indah bagi saya..
mulanya, berbincang tentang design baju tersebut dan saya merasa bersyukur sekali  kerana kebanyakan rakan sekelas saya merupakan orang-orang pakar dalam seni yang juga mempunyai bakat terpendam yang perlu dikembangkan...hasilnya, lihatla design baju tersebut..sungguh indahkan hasilnya yang telah anda tatapi pada gambar diatas

beralih pula kepada penentuan orang yang ingin bertanggungjawab dalam menguruskan pembikinan baju tersebut...erm, kami sekelas telah sepakat memilih gadis yang manis sekali yang juga paling permisif dalam pelbagai perkara ..AYU  namannya..paling mengejutkan kami ialah apabila dia mengatakan bahawa dia menghantar design baju kami ke seberang untuk di'bikin'..harga yang berpatutan telah ditentukan ..masing-masing mengeluarkan dana yang sungguh lumayan dari setiap poket masing-masing..RM 25 nilai yang perlu dibayar ..secara peribadinya saya sangat terbeban dengan kadar tersebut..

tup tup tup...hasilnya keluar!!!!!!!!
masing-masing membelek baju tersebut, dan semua tidak berpuas hati dengan hasil tersebut kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang telah kami sepakati...sehinggakan ada yang berenggang kerananya ..erm, tidak perlulah saya menyebut nama manusia-manusia yang bertuah itu.

oleh kerana perkara tersebut, Ayu mengambil inisiatif untuk mengambil peranan dalam membikin kembali baju kelas tersebut...
RM 25... kadar nilai yang perlu kami bayar setiap seorang..
owhhhh, semuanya mengeluh...kerana perlu membayar satu hasil kerja yang mahal yang pada pandangan mata kasar manusia normal merupakan nilai yang tidak berpatutan...
namun , harga yang tinggi tadi dapat di'cover' dengan hasil yang kami dapat..
sungguh indah designnya, jelas seninya, dan selesa kainnya ...

begitulah kronolgi cerita tentang baju kelas saya yang dapat saya perah dari memori saya yang telah diciptakan oleh tuhan pencipta alam...sebenarnya proses pembikinan baju kelas saya ini telah banyak mengajar saya dan rakan-rakan tercinta saya bagaimana caranya mengatasi masalah yang timbul dan perlunya kita sebagai manusia yang bertamadun menghargai hasil kerja seseorang yang sebenarnya sudah berusaha sebaik mungkin serta akhir sekali perlunya kita berstu dan berpadu tenaga dan pemikiran dalam menjayakan sesuatu program..

ikhlas dari saya..
sekian

No comments:

Post a Comment