SENYUMLAH SELALU KERANA SENYUM MAMPU MEMBERI ANDA KEBAHAGIAN DAN AWET MUDA

Thursday, 17 November 2011

owhhhhhh!!!!!!!

Kau mendaki sedaya upayamu,
Menggapai puncak kejayaan,
Dengan izin sang pencipta kau mendapatnya,
Kau gembira dalam berhadapannya,
Senyummu sampai ke telinga.

Namun,
Adakah kegemilangan itu kau optimumkan?
Menjadi pemangkin semangatmu?
Atau kuatkah dirimu menjinjing kesan arus lavanya?

Kejayaan adalah kemenangan,
Dihargai, dikenali, dicemburui, dilambung setinggi langit,
Kejayaan juga pisau yang baru diasah,
Riak, sombong, alpa lahir darinya.

Sunday, 11 September 2011

selamat tinggal


Frasa yang boleh menyakiti seseorang tanpa menggunakan sebarang benda yang berbentuk fizikal yang tajam mahupun yang tumpul,
Frasa yang juga kerap digunakan dalam bahasa Inggeris sebagai satu perkataan iaitu ‘GOODBYE’ itu sebenarnyahanya dikeluarkan oleh sebentuk lidah yang lembut dan tidak bertulang melalui bantuan sepasang bibir yang kental…
Namun, lembut bukan sebarang lembut kerana walaupun digunakan dalam berbagai bahasa serta konotasi yang berbezaia tetap mampu menyakiti seseorang manusia…


Siapa sangka frasa tersebut mampu membuat orang menangis sehinggakan ada yang sanggup menamatkan riwayat hidupnya secara sengaja kerana tidak sanggup menahan sakitnya terutama apabila mengenangkan saat frasa selamat tinggal itu diucapkan oleh orang yang tersayang…
‘moment’ frasa itu diucapkan amatlah sukar dilupakan walau sekuat mana keinginan seseorang itu cuba untuk melupakannya…

Beban daripada ucapan yang merangkumi dua perkataan itu sangatlah berat untuk dipikul oleh bahu manusia dan hanya hati yang benar-benar teguh sahaja yang mampu menanggung beban yang berat itu…

Tuesday, 6 September 2011

peringatan untuk semua


 Bagaimana malaikat mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata. “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
 Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”
Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata : “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :
  • Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
  • Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  • Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.
 Wallahu A’lam

Sunday, 21 August 2011

KESAL


Suatu ketika dahulu aku bukanlahseorang yang terkenal dalam kelas, sekolah, dan masyarakat malahan aku seperti katak yang tinggal didalam tempurung kelapa tanpa mengambil peduli segala hal disekililing dan kekadang juga seperti halimunan yang tidak dilihat oleh mata kasar manusia sekeliling.

Aku seperti remaja yang tidak normal,
Terlalu merendah diri sehingga mudah dipijak oleh kaki-kaki yang tidak bertanggungjawab,
Terlalu penakut untuk menyaatakan pendapat dan menyataakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara yangtidak benar.

Siapa menyangka,
Kejayaaan yang diidam-idamkan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T
Menjadi pendamping diri dalam menyuluh jalan yang dahulunya sentiasa tampak gelap gelita
Kejayaan itu,
Aku sedar merupakan berkat daripada usaha daku selama ini dan juga hanya akan berlaku dengan izin Allah SWT.
Aku semakin terkenal…
Aku melangkah kehadapan, berundur kebelakang dan bergerak kekiri sedikit mahupun kekanan,
Orang sekeliling telah mula melihat setiap gerak geriku.
Menghargai aku,
Memberi pujian yang melambung sehinggakan sukar hendak dibayangkan betapa tingginya lambungan itu.

Aku pada mulanya takut akan perubahan ini,
Aku takut aku akan dilabelkan oleh orang sekeliling sebagai satu harapan, kerana aku sedar yang harapan mereka itu berupa satu beban yang berat kepadaku,
Aku takut kejayaanku itu sekadar keajaiban,
Aku takut aku tidak mampu menampung dan menjinjing beban yang diletakkan dibahuku yang lemah ini.

Namun, disebalik ketakutan itu,
Satu sifat mazmumah yang tidak pernah terfikir oleh benakku sebelum ini telah lahir daripada arus perubahan iaitu kejayaan yang aku aanggap keajaiban itu.
‘RIAK’ satu kata adjektif yang dipinjam oleh Bahasa Melayu daripada perkataan Bahasa Arab merupakan satu sifat yang telah lahir secara tidak langsung kedalam diriku.
Sifat ini telah membiak dengan cepatnya.
Aku bersikap menunjuk-nunjuk kononnya untuk memberikan motivasi kepada orang lain terutamanya orang terdekat supaya mereka berusaha mengejar kejayaan.
Tetapi siapa sangka sebenarnya secar tidak langsung aku telah menggalakkan sifat itu membiak dengan cepat tanpa penghalang untuk memandulkannya.

Hari berganti hari,
Siang memberi baton kepada malam, malam memberi kembali baton kepada siang untuk membentuk satu hari lengkap 24jam.
Aku semakin jauh tersasar,
Bisikan-bisikan daripada orang sekeliling yang ambil berat terhadapku sentiasa berusaha untuk memberitahuku bahawa aku sudah jauh tersasar dibawa oleh sifat riak.
Namun, bisikan itu aku anggap sebagai satu halwa telinga yang bersifat sementara.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Siapa menyangka,
Sifat yang aku anggap baik itu telah melalaikan aku kerana aku sibuk untuk membiaknya sehingga aku lupa akan tugasku sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini.
Aku menggunakan ilmu dan kebolehan untuk menunjuk-nunjuk tapi tidak pula aku mempraktikkannya untuk kebaikan sejagat.

Kini,
Aku seperti buah mangga manis yang tidak dimakan dan menjadi terlalu matang sehingga busuk dan tidak boleh dimakan lagi.
Begitulah yang aku rasakan.
Zaman kejatuhanku sedang bermula,
Aku semakin merosot dalam pelbagai disiplin ilmu, disiplin kehidupan dan disiplin kerohanian.
Aku berasa sangat takut…
Aku sedar aku telah banyak berubah…
Aku telah jauh tersasar…

Mampukah aku memperbaiki diriku?
Sempatkah aku memperbaiki diriku?
Mampukah aku membuang sifat riak yang terdapat dalam diriku?
Adakah aku tetap didampingi oleh orang yang dulunya sentiasa menasihatiku?
Adakah Penciptaku yang Maha Esa dan Maha Mengetahui akan mengmpunkan aku?

kongsi

Kongsi is share kata kawan saya
Percaya atau tidak dulunya saya tidak suka berkongsi barang kepunyaan saya dengan orang lain
Tetapi orang kata semakin kita membesar semakin banyaklah benda yang kita pelajari yang mampu menjadi pendamping dan pembimbing hidup kita kehadapan..saya mula sedar tentang peri pentingnya prinsip berkongsi ini apabila saya berada di sekolah menengah .
Kongsi itu mengeratkan silaturahim
Kongsi itu filem melayu 2011
Kongsi itu percaya kepada yang lain
Kongsi itu boleh membibitkan rasa cinta yang luhur
Kongsi itu cikgu yang non-visualized
Kongsi itu…………
Saya sengaja meletakkan titik yang berderetan kerana saya ingin kita sama-sama berfikir sejenak apakah ertinya kongsi dalam hidup kita!!!!
Saya masih ingat ketika kali pertama saya mengikuti kursus yang dianjurkan oleh PERPPIS(Persatuan Putera Puteri Islam) sekolah saya …
Kongsi yang menjadi satu unsur yang diajar dalam agama Islam terpampang didepan mata saya melalui pempraktikan amalan makan bersama-sama dengan peserta serta AJK dan FASILITATOR yang terlibat didalam satu talam/pinggan besar yang biasanya saya ketemui apabila terdapatnya kenduri-kendara…
Kongsi bukan sekadar tentang berkongsi makan dan minum sahaja, namun berkongsi amat luas pengertiannya dan perkongsian yang amat signifikan bagi saya ialah apabila kita berkongsi ilmu yang kita ada dengan orang lain